Pengalaman Indah di Hotel Avillion Cameron Highland

Mungkin Sebelum ini kita biasa dengar tentang  hotel Avillion di Port Dickson tetapi sebenarnya terdapat Hotel Avillion di Cameron Highland iaitu di Tanah Rata. Mungkin ini adalah kedatangan kali ke 4 dan pertama kali saya datang bersama isteri .



Hotel Avillion Cameron Highland mula operasi pada Januari 2018  dan ia terletak di tengah bandar Tanah Rata. Lokasi di sini menjadi tumpuan utama kerana berhampiran dengan pelbagai kemudahan di antaranya kedai serbaguna, restoran, bank, Starbuck dan lain-lain lagi. Bandar Tanah Rata juga bertindak sebagai hub pengangkutan utama yang menghubungkan tempat-tempat lain disekitar Cameron Highland dan ke negeri lain.




Hotel ini mempunyai 100 bilik yang unik di mana terdapat 4 jenis bilik iaitu Superior Studio, Deluxe Studio, 2 Bedroom Suite and 2 Bedroom Premium. Selain dari bilik terdapat juga bilik mesyuarat dan dewan besar untuk kegunaan pelbagai majlis kerajaan dan swasta.

1.       Lokasi

  1. Seperti yang saya nyatakan bahawa hotel itu terletak di lokasi yang strategik iaitu bandar Tanah Rata yang menghubungkan dengan bandar-bandar lain di sekitar Cameron Highland. 
  2. Walaupun saya datang dengan menaik kereta, tiada masalah bagi yang menggunakan bas atau pengangkutan lain kerana Tanah Rata ada hub pengangkutan dan juga tempat utama sumber maklumat pelancongan Cameron Highland. 
  3. Mana-mana pakej pelancongan yang ada di Cameron Highland boleh didapati di Tanah Rata.
  4. Semua kemudahan ada di sini . Pendek kata ‘everything in one basket’ dan hanya ‘walking distance’ sahaja. 
  5. Apa saya dan isteri sampai di sini, kami terus explorer keseluruhan bandar Tanah Rata hanya 
  6. berjalan kaki sahaja.




2.       Reception & Staff

  1. Sebaik sahaja saya sampai di hotel dan parking kereta di Kawasan parking untuk tetamu hotel, kami terus ke kaunter pendaftaran. 
  2. Hotel ini agak unik kerana untuk lobby mesti dengan lift atau eskaletor kerana dari segi reka bentuk hotel ini adalah ruang bawah sekali adalah parking , 
  3. kemudian beberapa tingkat adalah seperti shopping mall. 
  4. Manakala d tingkat atas sekali adalah dikhaskan untuk hotel.


  • Staf di sini sangat welcoming saya dan isteri. 
  • Mereka turut menerangkan kemudahan di sini dan juga menu-menu makanan yang menarik untuk di cuba di sini.  
  • Sewaktu saya masuk bilik perkara pertama yang saya akan lakukan ada ‘menggeledah’setiap ruang dan inci bilik.  
  • Tiba-tiba saya rasa terkejut kerana tiada set teh dan kopi yang selalunya disediakan pihak hotel, 
  • Rupa-rupanya ada di dalam cabinet berhampiran almari baju setelah diterangkan oleh staf hotel melalui telefon.




3.       Bilik Hotel Kami

  1. Bilik yang kami tinggal sangat selesa dan besar di mana sesuai  untuk kami berdua. 
  2. Bilik kami iaitu Deluxe Studio Double Bed Room dengan ‘balcony’
  3. Suasana sejuk mengadap gunung (mountain view) di tambah dengan sangat mendamaikan . 
  4. Selain kemudahan standart yang di dalam bilik hotel itu adalah tv flat screen, mini bar, set mandian dan sterika . 
  5. Semua lengkap dan bercirikan mewah dan berharga RM350/malam termasuk sarapan pagi.









 





 
4.       Food & Baverage

  1. Bagaimana makana dan minuman ? Sepanjang saya duduk untuk 3 hari 2 malam saya mencuba sarapan pagi dan makan malam. 
  2. Breakfast buffet dengan tema barat dan timur menjadi pilihan tetamu hotal dan 
  3. Pelbagai pilihan serta minuman sejuk dan panas seperti teh atau kopi.










 
  • Untuk makan malam adalah ála carte di mana saya order Çhar Grilled Sirlion makan barat. 
  • Maklumalah hari-hari makan makanan tempat, sesekali kita cuba makan barat. 
  • Rasa juicy dan mengenyangkan. 
  • Kami sangat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan dan sangat menyelerakan.









 
3.      Lain-lain kemudahan
  1. Terdapat taman mainan kanak-kanak yang terletak di tengah-tengah bangunan hotel. 
  2. Selain itu terdapat juga gym dan bilik seminar. 
  3. Cuma saya tidak berkesempatan untuk ke gym. 
  4. Mereka juga sediakan khemah kanak-kanak jika ada kanak yang ingin bermain di balkoni sambil duduk di dalam khemah.


 
Bagaimana pula dengan Musim Virus Covid 19?

Seperti yang kita tahu kerajaan Malaysia tidak membenarkan sesiapa merentasi sempadan negeri namun Hotel Avillion ini telah dibuka emula mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sesiapa yang ingin bercuti di Hotel Avillion tiada masalah kerana hotel ini telah mengikut Langkah-langkah kebersihan dan kawalan Virus Covid mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia

 



Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk maklumat di bawah : 


AVILLION CAMERON HIGHLANDS

C-3-1 Jalan Camelia, Tanah Rata
Cameron Highlands, Pahang, 39000, Malaysia
 
T+605 5000 333

Post a Comment

0 Comments