Review Hotel Aces Kota Raya Kuala Lumpur

Ok entry kali ni aku nak bawak korang pi review satu hotel kat tengah2 bandar KL, tingkat 5 bangunan Kotaraya yang dahulu nya sebuah foodcourt dan telah diubahsuai menjadi satu floor hotel yang dikenali sebagai ACES HOTEL.

ACES HOTEL ni under Berjaya Hotels and Resorts... dan advantages hotel ni adalah kerana dia berada betul2 kat tengah bandaraya KL, dan dikelilingi oleh kedai2 hipster yang tumbuh merata ibarat cendawan di sekitar Petaling Street. (ni adalah tujuan aku menginap kat sini sebenarnya hehe))

Aku dan Fazril Hafeez dijemput untuk merasai sendiri pengalaman bermalam ni hotel ni dan melawat kawasan2 sekitar Petaling Street (which aku memang ada plan bermalam kat KL dan jenjalan keliling sebab aku tak pernah merayap KL pun selama ni)

Kami sampai jam 11 tengahari di bangunan kotaraya, dan dijemput oleh host dari Berjaya Hotels and Resorts, Puan Aish dan Puan Maya... First impression masa sampai, aku tertanya2... bukan ke Kotaraya punya bangunan ni penuh dengan warga asing? Kalu korang pegi, mostly yang meniaga pun bukan orang2 Malaysia. So basically dari segi keselamatan tu macam mana yang hotel ni bole provide?

Masa disambut oleh host Berjaya, mereka terus bawa kami masuk ke shopping mall kotaraya, dan direct ke lift. Dekat lift, tekan je tingkat 5, sampai2 je, ada guard berkawal di depan pintu lift.

Untuk masuk ke dalam kawasan hotel pula ada pintu kaca yang hanya boleh dibuka dari dalam sahaja atau menggunakan kad khas yang disediakan pihak hotel. Dari segi keselamatan pengunjung hotel untuk "stay" di sini, saya bole katakan ianya agak ketat dan selamat.

Kami dibawa melawat ke seluruh kawasan hotel, melihat kemudahan2 yang ada. Pantry with water filter, mesin basuh dan mesin pengering yang boleh digunakan secara percuma oleh pengunjung hotel (yang ni jarang ada kat hotel2 yang aku pegi selama ni), tradisional game seperti congkak, batu seremban, dan juga beberapa jenis gameboard juga disediakan untuk pengunjung yang nak mengisi masa lapang.

Lobby-nya agak luas untuk beristirehat, ada sofa disediakan, meja makan dan sebagainya.

Kami juga dibawa melawat ke bilik2 yang ada di ACES HOTEL.

 

Superior - twin atau double bed tanpa tingkap

Premier - twin atau double bed dengan tingkap

Family - 2 double bed

Suite - 2 double bed + 1 single bed

 

Harga2 pengenalan / promosi adalah:

Superior promosi RM78,  normal RM150 (murah abis !)

Premier promosi RM88, normal RM170

Family promosi RM118, normal RM210

Suite promosi RM150, normal RM330

 

Untuk masa sekarang sehingga 15/1/2021, ACES Hotel menawarkan harga pengenalan (diskaun lebat) sehingga lebih dari 50%

Tarikh penginapan pula dari sekarang hingga 31/3/2021.

Kalau korang book melalui online, dapat lagi diskaun 10%...

Seriyes berbaloi !

 

Attraction sekitar kawasan hotel:

Petaling Streets

Central Market

River of Life

Masjid Jamek

Mural of Arts

Sultan Abdul Samad Buildings

Kwai Chai Hong

 

So aku cadangkan jika korang nak merasai sendiri pengalaman berjalan2 kat bandaraya KL ni, bole book awal-awal bilik before 15/1/2021 dan rancang tarikh percutian korang. Korang leh lenjan merayap la sekitar KL siang malam.

Pengalaman aku bermalam ni hotel ini, boleh dikatakan aku cukup berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan, dengan sinki tandas yang besar, kawasan tandas yang selesa dan katil yang empuk, siap ada mesin basuh baju dan pengering percuma untuk digunakan (biasanya kene bayar or masuk coin dekat mesin)

ACES HOTEL juga ada menawarkan servis sarapan di mana makanan akan dihantar dari Berjaya Times Square Hotel. Ianya perlu ditempah sehari awal dan set sarapan ini hanya berharga RM9 sahaja. Sarapan ini adalah set nasi lemak beserta sayur dan sambal petai yang sedap. Yang menariknya, masa mula2 aku makan, aku ingatkan nasi lemak ini dihidangkan dengan daging rendang, tetapi setelah bersembang dengan host kami, mereka mengatakan makanan nasi lemak kami adalah vegeterian food.

Terkejut gak aku, tanya juga daging ke apa ni? Rupa-rupanya cendawan enoki yang telah diubahsuai menyerupai ketulan dan rasa daging. Aku rate 4/5 untuk sarapan yang disediakan.

Overal rating untuk experience aku dekat sini, aku kasi 4/5...

Jika ditanya adakah aku akan pergi lagi? Jawapannya... sudah tentu ! Banyak tempat yang belum sempat saya explore, dan ACES Hotel ni memang strategik dan sesuai untuk golongan yang suka cuba-cuba tempat baru dan merasai pengalaman duduk di Kotaraya.


Room: 🌟🌟🌟

Cleanliness: 🌟🌟🌟🌟

Katil: 🌟🌟🌟🌟

TV: 🌟🌟🌟

Working table: 🌟🌟🌟

View from the room: 🌟🌟

(Tidak berapa menarik, bangunan semata-mata)

Toilet overall rating: 🌟🌟🌟🌟

(Luas dan selesa)

Cleanliness: 🌟🌟🌟🌟

Sink: 🌟🌟🌟🌟

(Besar)

Toilet amenities: 🌟🌟

Shower: 🌟🌟🌟

Toilet facilities: 🌟🌟🌟

Breakfast: 🌟🌟🌟🌟

(Breakfast vegetarian perlu ditempah sehari sebelum, sedap !)

Check out: 🌟🌟🌟🌟

Overall stay: 🌟🌟🌟🌟

Satisfaction: 🌟🌟🌟

Recommendations: 🌟🌟🌟🌟

(Recommended. Thumbs up)

Value for money: 🌟🌟🌟🌟

(Definitely)

Return again? : 🌟🌟🌟🌟

(YES)

















Post a Comment

0 Comments